Unearthing Old Essays (1)

Disclaimer: Substantial part of this entry is written in Malay Language.

Last summer, I found some of my old essays I wrote when I was in secondary school. I wanted to digitize them, but due to my short stay last year, I was not able to do so. Today, I have the opportunity to do so and I would like to share two of the essays with you. The first essay was written in Form 4, while the latter was written in Form 5. Since these essays are not short, I shall post the second essay as a separate entry.

The credit I received for this essay was 92 out of 100, with the comment “Amat baik.”

Essay 1

Madah disusun pembuka bicara,
Tangan dihulur restu dipinta,
Maaf kupohon jika tersilap bahasa,
Izinkan hamba menggema suara.

Demikianlah serangkap pantun buat membuka tirai perbahasan saya pada pagi yang mulia ini.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, pengetua-pengetua dan guru-guru yang dihormati, panel hakim yang arif lagi menegakkan keadilan, barisan pencadang dan rakan seperjuangan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya sebagai pembangkang akan membahaskan tajuk perbahasan yang berbunyi “Penggunaan Internet Membawa Banyak Keburukan kepada Masyarakat Malaysia.”

Para hadirin,

Internet sesungguhnya memainkan peranaan yang penting dalam menghadapi cabaran-cabaran alaf baru, khasnya arus globalisasi yang berteraskan teknologi maklumat. Internet banyak digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya sektor perkilangan yang sedang berkembang pesat di negara kita. Internet juga digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, signifikan Internet dalam kehidupan masyarakat pada zaman atom ini tidak dapat disangkal lagi memandangkan Internet mendatangkan banyak faedah kepada penggunanya.

Haririn sekalian,

Pengunaan Internet telah mempercepat segala urusniaga baik urusniaga dalam negeri mahupun urusniaga antarabangsa Internet membolehkan maklumat dihantar dalam masa yang singkat walaupun jarak antara penghantar dan penerima agak jauh. Pesanan dapat dibuat dengan cepat dan mudah melalui Internet. Para peniaga tidak perlu mencari kertas untuk menulis surat tanya dan memasukkannya dalam peti surat. Dengan adanya Internet, pesanan dapat dibuat dalam sekelip mata sahaja. Sementelahan itu, sebaik sahaja pemborong menerima pesanan, penghantaraan stok atau produk boleh dilakukan dengan secepat mungkin. Ini telah menjimatkan banyak masa dan sekali gus telah merangsangkan pertumbuhan ekonomi di negara kita.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Di samping mempercepat urusniaga, Internet turut memanfaatkan para guru dan para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaraan. Para pelajar dapat memanfaatkan perkhidmatan Internet dengan menggunakannya untuk mencari maklumat untuk menimba ilmu pengetahuan atau menyiapkan tugasan. Maklumat-maklumat dapat dicari dengan bantuan enjin pencari dalam Internet. Internet menjadi pilihan kebanyakan pelajar masa kini untuk mendapatkan maklumat berbanding dengan perpustakaan kerana maklumat dalam buku di perpustakaan agak terhad. Sebaliknya, maklumat-maklumat dalam Internet dikumpul dari setiap pelosok dunia. Jadi, Internet telah memudahkan pelajar membuat kajian dan tugasan kerana para pelajar dapat menekploitasikan maklumat dalam Internet untuk tujuan pembelajaran.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Selain itu, warga pendidik juga boleh memperoleh manfaat daripada Internet untuk tujuan pengajaran, Bahan-bahan pengajaran yang sesuai dapat diperoleh dengan menggunakan tetikus untuk melayari Internet. Bahan-bahan pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat menjadikan proses pembelejaraan dalam kelas lebih menarik, malah berupaya memaksimumkan keberkesanan pengajaran guru tersebut. Para guru juga boleh mendapatkan bantuan dan nasihat melalui Internet. Contohnya, guru-guru boleh memperoleh panduan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan sebagainya. Pendek kata, penggunaan Internet membawa banyak kebaikan kepada masyarakat kita kerana bidang pendidikan yang merupakan teras pembentukan sebuah negara maju dapat dimajukan.

Para hadirin,

Internet juga bertindak sebagai media massa yang liberal dan menyediakan pelbagai berita terkini dari seluruh dunia. Pengunna Internet akan mengetahui perkembangan semasa di dunia ini. Melalui Internet yang serba canggih, berita bukan sahaja dipaparkan dalam bentuk teks, bahkan dalam bentuk gambar, bunyi dan lain-lain lagi yang berteraskan multimedia. Contohnya, pengguna Internet dari seluruh dunia dapat menyaksikan peristiwa serangan pengganas ke atas Amerika baru-baru ini secara langsung. Keruntuhan bangunan World Trade Center dapat diperhatikan melalui Internet. Pertandingan bola sepak yang berlangsung di luar negara juga dapat disaksikan secara langsung dengan menggunakan Internet. Rumusannya, Internet berupaya menyediakan berita terkini dari seluruh dunia dan membolehkan pengguna Internet peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Hadirin sekalian,

Internet sebenarnya merupakan alat komunikasi yang sangat canggih. Dengan adanya e-mel, mesej dapat disampaikan dengan cepat dan mudah. Misalnya, ibu bapa dapat berhubang dengan anak mereka yang berada di luar negara dengan menggunakan Internet. Persidangan juga dapat dijalankan tanpa memerlukan anggota-anggotanya berkumpul di satu tempat yang spesifik. Contohnya dalam satu persidangan antarabangsa, pemimpin-pemimpin negara yang terlibat tidak perlu menaiki kapal terbang untuk menghadiri persidangan tersebut, sebaliknya mereka hanya perlu duduk di pejabat mereka yang mempunyai rangkaian Internet yang dapat berfungsi. Teknologi yang dikenali “video-conferencing” ini sememangnya telah menjimatkan masa dan melicinkan pentadbiran sesebuah negara secara tidak langsung.

Hadirin yang budiman sekalian,

Saya ingin membidas hujah barisan pencadang yang menyatakan bahawa Internet merupakan punca utama masalah sosial yang menjadi semakin membimbangkan pada hari ini. Sebenarnya, kekurangan didikan agama dan ketidakstabilan institusi kekeluargaan menjadi faktor utama bagi gejala sosial yang menjadi semakin barah. Pengguna Internet yang mempunyai keimanan yang kuat nescaya tidak akan melayari laman-laman web yang memaparkan unsur keganasan dan bahan-bahan lucah. Pengguna yang tidah bermoral inilah yang membawa masalah kepada masyarakat kita dengan melakukan sesuatu yang devian dan bercanggah dengan norma masyarakat. Justeru, Internet sememangnya membawa banyak kebaikan kepada masyarakat kita.

Kesimpulannya, setiap orang harus memanfaatkan Internet until memperoleh kebaikan semaksimum yang mungkin. Internet merupakan pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan negara. Internet memainkan peranan yang penting dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita yang dinamik, yakni Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa penggunaan Internet tidak membawa keburukan kepada masyarakat Malaysia, sebaliknya dapat memajukan negara. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin menghidangkan serangkap pantun untuk tuan-tuan dan puan-puan.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.

2 Responses to this post.

  1. Wahliao! I would give a 101/100 lor!! Don’t know how your BM teacher mark wann!! Where did that 8 marks go to?? :P

    Reply

  2. I couldn’t imagine myself writing something half as good when I was in Form Four. :D

    By the way, it would be interesting if you could comment on how differently you would have approached the same essay if you were to write it now. :)

    Reply

Respond to this post